Model wanita dari Kanada ini menjadi buta sebelah mata akibat memakai TATU pada matanya

Kita mestilah bijak dalam memilih sesuatu keputusan, sama ada ia merupakan sesuatu yang baik mahupun buruk, ia pasti akan membawa kepada sesuatu kesan yang berkekalan.


Cerita dari seorang model Catt Gallinger yang baru-baru ini berkongsi kisahnya di media sosial dengan harapan memberi amaran kepada orang lain tentang pengalamannya yang mengerikan.
Rupa-rupanya, model dari Ottawa, Kanada ini, menjalani atau memakai tatu di mata – dan ia telah membawa kepada satu kesan yang buruk. Akibat dari keputusannya itu dia telah hilang pengilihatan pada mata kanannya.

Catt Gallinger fikir ia adalah idea yang menarik untuk memiliki tatu pada mata.


Walaupun model berusia 24 tahun itu dilaporkan pulih secara “perlahan tetapi stabil,” dia tidak tapat menahan dirinya untuk menyesali keputusannya untuk mendapatkan tatu sclera, iaitu prosedur di mana untuk mewarnakan mata putihnya.
Dia kini menganggap keputusannya itu sebagai “kesilapan yang besar”

Dalam catatan Facebooknya, Catt berkongsi satu siri foto yang menunjukkan kerosakan mata pada tahap yang berbeza. Menurutnya, dia mula pergi ke hospital setelah dia mengalami pelepasan cecair ungu di mata kanannya.
Dia diberikan eyedrops antibiotik dan dihantar ke rumah tetapi tidak lama selepas itu, keadaannya menjadi semakin buruk.
Mata kanan Catt telah bengkak


Akhirnya, doktor memberikan titisan steroidnya. Dalam masa tiga minggu, tatu ungu “mula membasahi korneanya, mengaburkan penglihatannya dan menyebabkan ketidakselesaan yang ketara.”

Tambahan pula, doktor telah memaklumkan kepada wanita malang ini bahawa matanya telah menanggung kerosakan yang kekal dan matanya itu mungkin akan “buta sepenuhnya atau menjadi kabur.” Mereka mengatakan bahawa beberapa peralatan yang digunakan semasa proses tatu itu tidak disterilkan dengan betul.
Namun, Catt berharap pembedahan itu dapat memulihkan keadaannya.
Sementara itu, masalah itu memaksa dia untuk berehat seketika dari kerjaya pemodelannya


Bagi mereka yang berhajat tentang menjalani prosedur untuk memiliki tatu yang sama, Catt memberi amaran kepada orang lain untuk “tidak hanya melihat pada artis dan portfolio mereka, tetapi untuk bertanya dengan beberapa pelanggan mereka dahulu, bertanya dengan artis lain mengenai mereka dan mendapatkan pengalaman mereka terlebih dahulu.”


Sumber : Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *