Ololololo.. Sweetnya Mereka.. Fattah Amin Bawa Fazura Berjumpa Berkenalan Dengan Keluarga….

AKTOR Fattah Amin akui sudah beberapa kali membawa pelakon Nur Fazura berjumpa dan berkenalan dengan keluarganya.

Fattah berkata dia gembira kerana keluarganya menerima Fazura dengan baik.

“Sebenarnya sudah beberapa kali Fazura berjumpa dengan keluarga saya dan terbaharu malam ini (semalam).

“Setakat ini keluarga saya terutama ibu tiada masalah dan menerima Fazura dengan baik.

“Malah saya juga ada berjumpa keluarga Fazura dalam satu pertemuan dengan kelab peminat sebelum ini.

“Keluarga kami masing-masing menerima dengan baik,” katanya kepada Astro Gempak.

Fattah Amin ditemui ketika sambutan hari jadinya dan Fazura sempena Fattzura Birthday Bash yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) semalam.

Sambutan hari jadi itu diadakan khas oleh pihak pengurusan Fattah untuk diraikan bersama kelab peminat Fattzura.

Turut hadir bersama adalah ahli keluarga Fattah yang duduk bersebelahan meja pasangan itu.

Fazura mengambil kesempatan berjumpa keluarga Fattah serta bersalaman dan berpelukan dengan ibu aktor tersebut.

Sementara Fattah ditanya mengenai sejauh mana hubungannya dengan Fazura, pelakon Wanita Terindah itu memberitahu dia hanya berserah kepada jodoh.

“Hubungan kami baik, itu sahaja yang boleh saya beritahu.

“Saya tahu ramai peminat mahu kami bersama, namun saya hanya menerima sahaja doa yang baik-baik daripada mereka.

“Selebihnya saya hanya berserah kepada jodoh,” katanya lagi.

Selepas Hero Seorang Cinderella pasangan ini bakal muncul dalam sebuah supertelemovie terbaharu, Wanita Terindah.

Wanita Terindah bakal ditayangkan di Astro First mulai 2 November depan.

Teks oleh: Syafiqah Jalal
Sumber – AstroAwani

PETALING JAYA: Fazura merupakan seorang wanita yang menakjubkan dalam diri Fattah Amin. Ungkapan itu diluah sendiri Fattah sempena ulang tahun kelahiran Fazura yang ke-34 pada Rabu.

“Selamat hari jadi kepada seorang yang paling positif dan menakjubkan yang saya kenal. Terima kasih kerana menjadi sabahat ketika saya melalui waktu sukar dan menyokong hebat dalam kerjaya saya,” ujar Fattah. 50 Kuntum Ros Bukti Sayangnya Fazura Buat Fattah

Dalam perkongsian ucapan berkenaan Fattah turut berkongsi foto yang terdapat tanda cinta bersama tiga huruf di dalamnya iaitu YPM memberi makna ‘yang paling manis’.
Ucapan istimewa Fattah itu turut mendapat komen positif daripada pengikutnya yang sama-sama mendoakan kesejahteraan mereka berdua.

Pada 14 September lalu sempena ulang tahun kelahiran Fattah yang ke 27, Fazura turut membuat ucapan dengan mendoakan kesejahteraan Fattah menerusi satu perkongsian foto ketika dia berada di Amerika Syarikat sempena Minggu Fesyen New York. Fazura juga membuat kejutan dengan mengirimkan 50 kuntum bunga ros dan kad ucapan berbentuk hati.
Sempena hari ulang tahun kelahiran Fazura ini, agak-agaknya apakah kejutan yang bakal dibuat Fattah pula nanti?

Kita tunggu sahaja kejutannya nanti. Kedua-dua pasanan ini dikaitkan bercinta selepas mereka digandingkan dalam drama Hero Seorang Cinderella.

Sumber – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *