Ajaran Syiah Kian Berleluasa Di Bumi Malaysia.. Bagaikan Cendawan Hidup Semua Kegiatan Mereka!!

JITRA: Empat lelaki termasuk dua beradik dipercayai pengikut ajaran Syiah ditahan di sebuah premis rumah kedai di sini petang Sabtu, kata Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Agama Negeri Kedah (Jaik) Datuk Abdul Rahman Ismail.

Beliau berkata kesemua lelaki berusia 22 hingga 40 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota jabatan berkenaan yang melakukan serbuan di premis itu pada 6.25 petang.
Hasil pemeriksaan menemukan beberapa barang yang disyaki mengandungi ajaran Syiah yang melanggar fatwa negeri Kedah mengikut Seksyen 9, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014, katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Ahad.

Katanya antara barang yang dirampas beberapa jenis kitab larangan, baju berwarna hitam bertulis ‘Al-Mahdi is here’, akuan berkanun dan batu karbala yang biasanya digunakan pengikut ajaran Syiah untuk tempat meletakkan dahi ketika sujud dalam solat.

Beliau berkata kesemua mereka dan barang rampasan tersebut dibawa ke pejabat Jaik untuk siasatan lanjut.

Sumber – mstar

BAHAGIAN Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menahan 21 lelaki berusia antara 21 hingga 67 tahun di sebuah rumah di Ulu Tiram, Johor, malam tadi, selepas disyaki mengadakan majlis yang berkaitan dengan fahaman atau ajaran Syiah.

Serbuan pada 10.05 malam itu adalah hasil maklumat dan risikan JAINJ bersama Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengarah JAINJ, Amran A Rahman berkata, mereka yang ditahan di rumah Hauzah Syiah itu termasuk tiga lelaki warga asing.

“Mereka ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 kerana mengingkari pihak berkuasa agama yang dinyatakan melalui fatwa.

“Mereka ditahan dan dibawa ke pejabat Bahagian Penguatkuasaan JAINJ untuk disoal siasat,” katanya.

Sumber – hmetro

MELAKA – Gerakan sebuah kumpulan untuk menyebarkan fahaman Syiah di negeri ini, gagal apabila Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) menahan 29 individu dalam serbuan berasingan di sebuah homestay dan kafe siber di dua daerah di negeri ini, kelmarin.

Kesemua individu terdiri daripada 21 lelaki dan 8 wanita berusia 14 hingga 59 tahun yang menggelarkan kumpulan mereka Al Ansar Imam Mahdi itu dalam operasi lebih empat jam bermula jam 11 malam.

Tangkapan pertama membabitkan seorang lelaki berusia 42 tahun berasal dari utara negara ini yang disyaki sebagai ketua gerakan. Dia ditahan di sebuah inap desa di Umbai, Jasin.

Sementara seorang lelaki berusia 41 tahun ditahan di sebuah kafe siber miliknya di Telok Mas, kira-kira jam 1.30 pagi semalam kerana dipercayai penggerak kumpulan tersebut di negeri ini.

Menurut sumber, kumpulan terbabit ditahan kerana dipercayai aktif menjalankan aktiviti berunsurkan Syiah dan bertentangan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah sejak setahun lalu.

“Terdapat 28 orang terdiri daripada 20 lelaki dan lapan wanita termasuk ketua kumpulan di homestay bekenaan ketika serbuan dan mereka dipercayai sedang mengadakan pertemuan.

“Serbuan seterusnya di sebuah premis kafe siber dan menahan seorang lelaki yang menjadikan kafe sibernya sebagai antara lokasi penemuan kumpulan terbabit,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurut sumber juga, beberapa barangan, dokumen serta risalah berkaitan gerakan itu ditemui di kedua-dua lokasi serbuan ketika pemeriksaan dilakukan penguatkuasa Jaim.

“Antara yang dirampas adalah risalah dan dokumen mengandungi fahaman Syiah, bendera mempunyai lambang disyaki Syiah, batu karbala dan tongkat khutbah.

“Kesemua yang ditahan dibawa ke pejabat Jaim. Bagaimanapun, 14 orang dilepaskan dengan surat perintah hadir ke pejabat Jaim untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasaan Jaim, Rahimin Bani mengesahkan tangkapan terbabit.

Beliau berkata, kesemua indicidu ditahan di bawah Seksyen 63 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana ingkar fatwa.

Sumber – Sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *