Bali Bersiap Sedia Dengan Letusan Gunung Agung.

Bali: Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) mengambil beberapa langkah sebagai persediaan berdepan letusan Gunung Agung di Karangasem, Bali.


Status berjaga-jaga di gunung berapi itu ditingkatkan ke tahap tiga selepas aktiviti seismik yang semakin meningkat.
“BNPB terus memberi bantuan kepada agensi bantuan bencana wilayah dalam mengambil langkah persediaan berdepan kemungkinan letusan Gunung Agung,” kata Pengarah BNPB, Willem Rampangilei kelmarin.

Katanya, timbalan pengarah pencegahan dan persediaan BNPB juga membantu pegawai agensi bantuan membantu membuat pelan kecemasan bagi berdepan kemungkinan berlakunya letusan.

Sehingga jam 6 pagi (waktu tempatan) kelmarin, gunung itu merekodkan 94 gegaran berbanding hari sebelumnya sebanyak 427 gegaran.


“Pusat gempa dikesan hanya dua kilometer dari permukaan dan kedalaman magma hanya lima kilometer, jadi semua pihak perlu berhati-hati,” jelasnya.

Kredit : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *