Suami 10 Kali Ganda Lebih Bahagia kalau Isteri Gemuk!

Sebenarnya dalam diam ramai wanita yang rasa rendah diri jika memiliki tubuh berisi atau gemuk. Lebih menakutkan apabila berat badan bertambah secara drastik selepas bersalin.

Bukan saja hilang keyakinan diri, ramai wanita bimbang lebih-lebih lagi penerimaan suami yang sudah tentu idamkan isteri yang cantik dan langsing.

Tapi, selepas anda baca kajian terbaru ini, anda mungkin lebih yakin dan tiada lagi kerisauan.

Sebuah kajian terbaru mendedahkan, wanita gemuk buat suami 10 kali ganda lebih bahagia.

Memetik laporan Daily Times, hasil kajian yang dilakukan oleh Dr Filemon Alvarado dan Dr. Edgardo Morales dari Departemen Psikologi Universidad Nacional Autonoma de Mexico (UNAM), Mexico.

 

LELAKI KAHWIN WANITA GEMUK LEBIH CERIA & SENTIASA BAHAGIA
Menurut kajian tersebut, lelaki yang berkahwin dengan wanita gemuk lebih ceria, mudah senyum dan lebih baik dalam menghadapi masalah berbanding lelaki yang menjalinkan hubungan dengan wanita kurus.

“Wanita kurus selalunya kurang ramah dan kurang ekspresif dengan emosi. Wanita gemuk lebih yakin dengan diri mereka sendiri, ujar pengkaji.

Kajian itu juga menunjukkan bahawa wanita gemuk juga mampu menangani keperluan pasangan dengan lebih baik.

Sumber: VanillaKismis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *