PELAJAR TINGKATAN 3 SELAMAT BERSALIN DI SURAU SEKOLAH, BAYI SELAMAT DAN DAPAT RAWATAN DIHOSPITAL…

Terkejut, itulah perasaan yang hadir selepas mengetahui kisah seorang pelajar tingkatan tiga yang melahirkan seorang bayi perempuan di surau sekolahnya.
Bingung memikirkan bagaimana seorang gadis berusia 15 tahun itu boleh melahirkan anak di dalam kawasan sekolah.

Menurut Sinar Harian, kes yang berlaku di salah sebuah sekolah yang terletak di Jempol, Negeri Sembilan ini telah memeranjatkan pihak pengurusan sekolah apabila pelajar tersebut ditemui terbaring di surau dan terdapat bayi di dadanya.

Deputi Superitendan Azham Shah Azlan yang merupakan Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol berkata, awalnya pihak pengurusan sekolah berkenaan telah menghubungi Hospital Jempol untuk memaklumkan tentang pelajarnya sekolahnya yang ditemui pengsan kira-kira jam 10.30 pagi semalam.

“Pelajar itu bagaimanapun selamat namun keadaan agak cemas apabila urinya masih berada di dalam rahimnya.

“Dia telah dibawa ke Hospital Jempol namun akan dipindahkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk rawatan lanjut. Ketika ini keadaan pelajar tersebut stabil,” katanya.
Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol itu berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan seorang pelajar lelaki sekolah juga turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Kita berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya susulan kes masih dalam siasatan polis selain tidak menularkan sebarang maklumat berkaitan,” katanya.
Siasatan masih lagi dijalankan oleh pihak berkuasa jadi diharapkan tiada pihak yang membuat sebarang andaian tentang kes ini.

Sumber: Sinar Harian

Pelajar tingkatan tiga bersalin di surau sekolah|Jempol – Seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di sini mengejutkan pengurusan sekolah apabila dia selamat melahirkan seorang bayi perempuan pagi tadi.

Pelajar tersebut temui terbaring dekat surau sekolah dan terdapat seorang bayi perempuan di dadanya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Azham Shah Azlan berkata, pada awalnya pengurusan sekolah tersebut menghubungi Hospital Jempol memaklumkan terdapat pelajar sekolah itu pengsan kira-kira jam 10.30 pagi.

“Pelajar itu bagaimanapun selamat namun keadaan agak cemas apabila urinya masih berada didalam rahimnya.

“Dia telah dibawa ke Hospital Jempol namun akan dipindahkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk rawatan lanjut. Ketika ini keadaan pelajar tersebut stabil,” katanya ketika mengesahkan laporan hari ini.

Azham Shah berkata, kes ini disiasat dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan seorang pelajar lelaki sekolah sama turut ditahan untuk membantu siasatan.

“Kita berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya susulan kes masih dalam siasatan polis selain tidak menularkan sebarang maklumat berkaitan,” katanya

Sumber: kamiviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *