AJAIB!!! KANAK-KANAK MEMPUNYAI PENGLIHATAN SEPERTI X-RAY DAN BOLEH LIHAT ORGAN MANUSIA!!

Pada 1895, Willhelm Rontgen, seorang saintis dari Jerman telah berjaya menjumpai radiasi elektromagnetik berbentuk gelombang yang membolehkan manusia menangkap gambar organ dan tulang dalam badan manusia. Gelombang itu dinamakan sebagai X-Rays, yang kita guna pakai sehingga sekarang. Sinar X-Ray yang digunakan memerlukan peranti untuk menangkap gambar organ dalaman kita.

Tetapi bagaimana pula jika manusia dikurniakan mata yang mampu melihat seperti X-ray? Itulah yang berlaku pada tahun 1996, apabila seorang budak perempuan bernama Natasha Demkina dari Saransk, Mordovia yang terletak di Rusia. Semenjak berumur 10 tahun, Natasha menawarkan perkhidmatan untuk meninjau organ dalaman seseorang hanya dengan menggunakan matanya dengan harga $13 untuk sekali bacaan.

natasha demkina muda
Natasha mampu melihat jika terdapat sebarang keganjilan dalam badan seseorang, jadi dia dapat mengetahui jika seseorang itu mengidap kanser, sakit jantung, tumor dan pelbagai lagi – kerana dia mengaku dirinya mampu mempunyai 2 jenis penglihatan; normal dan seolah-olah x-ray.

Selepas kisah ini tersebar luas, Natasha dijemput ke England melalui tajaan media tabloid Britain, The Sun. Melalui beberapa siri demonstrasi dan perbandingan di antara diagnosis beliau dan pakar-pakar perubatan, Natasha telah berjaya mengenalpasti retak yang berlaku pada tulang dan pin besi yang dipasang pada seorang wanita yang pernah mengalami kemalangan.

Walaupun begitu, terdapat juga beberapa kesalahan yang dilakukan oleh Natasha apabila diagnosisnya tersasar selepas beberapa orang yang diperiksanya didapati sihat selepas diperiksa dengan kaedah perubatan biasa.

natasha demkina wawancara

Skeptikal dengan dakwaan-dakwaan ini, The Committee of Skeptical Inquiry atau CSICOP membawa Natasha ke Amerika sebagai tetamu, walhal tujuan sebenarnya adalah untuk mengesahkan kebenaran yang disebutkan Natasha. 3 orang pakar, Andrew Skolnick, Ray Hyman dan Richard Wiseman diberikan tanggungjawab mereka kajian untuk mengesahkan kebolehan Natasha.

 

Natasha diberikan ujian untuk mengenalpasti penyakit yang telah wujud dalam pesakit yang dilantik sebagai uji kaji. Pada ujikaji awal, Richard Wiseman menyamakan keputusan diagnosis Natasha sebagai sesuatu yang karut dan tidak ada asas, seolah seperti seorang tukang tilik menceritakan nasib pada pelanggan.

Pada ujian lebih mendalam, Natasha diminta untuk mengenalpasti 6 jenis penyakit yang wujud pada 7 orang peserta dengan satu peserta sihat sebagai peserta kawalan, dengan markah kelulusan sekurang-kurangnya 5 daripada 7. Natasha, hanya dengan menggunakan mata berjaya mengenal pasti 4 daripada 7 dan ini dijadikan alasan yang kebolehan Natasha itu tidak cukup kukuh terbukti.

Selepas menjalani ujian-ujian itu dan pulang ke Rusia, Natasha mengadu mengenai layanan yang diterima ketika dia di sana dan tujuan uji kaji tersebut dijalankan yang lebih mirip kepada membuktikan dia menipu.

paparan xray

Brian Josephson, seorang ahli fizik pemenang anugerah Nobel mengkritik keputusan yang dibuat oleh CSICOP kerana secara mudah menjatuhkan keputusan tidak benar pada kebolehan Natasha sedangkan Natasha sudahpun menunjukkan kebolehannya menerusi 4 jawapan yang betul. Brian memberitahu peratusan untuk Natasha tahu tentang penyakit yang wujud dengan betul sebenarnya hanya 2%, menjadikan 4 daripada 7 jawapan betul adalah sesuatu yang signifikan.

Pada pendapat Brian, penilaian semula kebolehan Natasha perlu dibuat dan bukannya ditolak sebegitu saja namun pihak CSICOP menyatakan Natasha perlu melepasi kadar betul yang tinggi kerana nilai signifikan kajian yang ada kaitan dengan unsur paranormal, perlu dinaikkan.

natasha demkina tunjuk kebolehan

Natasha dijemput oleh Professor Yoshio Machi dari Jepun untuk diuji kebolehan beliau. Prof. Machi mencipta nama sebagai seorang pakar penyelidik kebolehan luar biasa manusia dan kebolehan Natasha menjentik minat beliau.

Menggunakan 7 siri ujian, Professor Machi meminta Natasha mengenalpasti 7 masalah yang ada dalam badan peserta. Natasha berjaya mengenalpasti tanpa bantuan mana-mana pihak yang salah seorang peserta mempunyai kaki palsu, organ yang bukan ditempat asal dalam badan, seorang wanita yang mengandung awal, menceritakan rupa janin dalam perut seorang wanita dan juga masalah tulang belakang pada seorang pesakit lelaki. Apabila diminta melukis tulang belakang yang bermasalah itu, lukisan Natasha dilaporkan serupa dengan imej sinar x-ray.

Masih skeptikal, Professor Machi meminta Natasha memeriksa satu ekor anjing. Dengan memandang tapak kaki anjing tersebut, Natasha berjaya mengesan peralatan yang dipasang dalam kaki anjing tersebut selepas melihat kakinya.

Pada tahun 2005, Natasha Demkina dilaporkan sedang melanjutkan pelajaran di Semashko’s Moscow Medical University. Kerajaan Rusia dilaporkan berminat untuk meneruskan ujikaji terhadap kebolehan Natasha selepas dia tamat belajar. Kisah Natasha telah diabadikan dalam pelbagai dokumentari, filem dan media yang kagum dengan kebolehan dirinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *