PERKESO Memberi bayaran maksimum RM500 kepada pekerja yang ramai tidak tahu! Sila ambil perhatian dan sharekan

Sekadar kongsi berdasarkan pengalaman. Kepada sesiapa yang pernah mengalami kecelakaan ataupun malapetaka tempat kerja, pastinya mereka sudah tahu cara-cara untuk membuat tuntutan faedah ataupun claim daripada Perkeso. Perkeso atau juga dikenali dalam english sebagai Socso ataupun dalam bahasa Kelate Sokso.. Untuk sesiapa yang makan gaji, mereka diwajibkan untuk mencarum kepada Perkeso untuk mendapat perlindungan insurans daripada bencana tempat kerja. Biasanya caruman tersebut dibuat terus oleh majikan tempat kerja..

Jadi jika sesiapa yang mengalami bencana atau kemalangan di tempat kerja, dalam perjalanan menuju ke tempat kerja ataupun pulang dari tempat kerja, adalah sangat merugikan jika tidak membuat tuntutan kepada Perkeso. Selalunya punca mereka tidak membuat tuntutan adalah kerana tidak tahu proses atau cara mengemukakan permohonan..
Secara ringkasnya jika anda terlibat dalam kemalangan yang melibatkan tempat kerja, anda boleh mengemukakan permohonan jika anda cedera dan terpaksa cuti sakit yang disahkan dan dibenarkan oleh doktor yang diiktiraf.
Bedasarkan pengalaman sendiri, proses atau dokumen yang diminta adalah:

1. Laporan polis. Pengalaman saya disini tapi ditulis dalam dialek Kelantan 🙂

2. Peta tempat kejadian (lakar sendiri atau print sahaja dari google map, buat anak panah arah tuju dan bulatkan kawasan kejadian)

3. Salinan semua sijil sakit termasuk MC tambahan jika ada

4. IC

5. Salinan rekod kedatangan kerja pada hari kejadian (dapatkan daripada HR)

6. Salinan slip gaji 6 bulan terakhir

7. Selebihnya mengisi borang yang boleh didapati di Perkeso. Isi mengikut apa yang dikehendaki.
Dokumen di atas perlu dihantar semula kepada Perkeso untuk membuat tuntutan pertama iaitu tuntutan kecacatan sementara. Jika anda mengalami kecacatan kekal yang melibatkan bahagian organ utama (mata/ mulut/ gigi/ jari tangan dan kaki/ kepala dan sebagainya) atau tulang (retak/ patah/ bengkok/ lumpuh dan sebagainya), anda layak untuk membuat permohonan tuntutan faedah kecacatan kekal. Semua permohonan di atas hendaklah dibuat dalam tempoh setahun dari tarikh cuti sakit terakhir anda.
Edit: Pengalaman saya Perkeso tidak bagitahu pun yang kita boleh claim kecacatan kekal. Mungkin untuk save duit mereka. Saya dapat info daripada kawan saya. Jadi, jika anda rasa anda mengalami kecacatan kekal seperti contoh yang saya tulis kat atas, pastikan kemukakan permohonan. Kecacatan kekal tu mungkin memberi kesan kepada prestasi anda dalam kehidupan harian seperti patah, buta, lumpuh dan sebagainya. Ia mungkin juga memberi kesan kepada emosi (contoh malu sebab patah gigi, berparut di muka, etc).
Biasanya bayaran yang diberikan untuk kecacatan sementara/ bayaran untuk MC adalah tidak banyak. Berdasarkan pengalaman, 8 hari MC faedah yang dibayar lebih kurang dalam RM 500, bergantung kepada gaji seseorang. Namun jika anda mengalami kecacatan kekal, jika kecacatan anda 2%, bayaran yang diberi agak lumayan. Lebih kurang RM 10ribu++. Kadar tafsiran adalah bergantung kepada keputusan jemaah doktor yng dilantik khas oleh Perkeso.
Jika anda mengalami kecacatan kekal walaupun sedikit, adalah rugi tidak berusaha untuk mencuba. Mana tahu jika ada rezeki. Caranya cuma minta borang kecacatan kekal, minta laporan perubatan daripada hospital pertama anda dimasukkan/ dirawat, IC dan tunggu untuk ditemuduga. Jika benar kecacatan yang anda hadapi memberi kesan kepada masa depan dan impak kepada prestasi anda melakukan kerja selepas anda terbabit dalam kemalangan, langsung tidak rugi untuk meluangkan sedikit masa untuk mencuba. Lagipun anda membayar dan berjuta-juta lagi rakyat Malaysia mencarum. Selamat berusaha dan sihat sentiasa.
p/s: Panduan di atas berdasarkan pengalaman sendiri kawe, mungkin tidak berapa tepat kerana diterang secara ringkas untuk sekadar kongsi dan membuka mata mereka yang pernah terlibat dalam kemalangan di tempat kerja, dalam perjalanan pergi atau balik dari tempat kerja tetapi tidak melakukan tuntutan. Mereka sebenarnya telah melakukan kesilapan. Rujukan sebenar yang lebih tepat boleh juga dirujuk ke laman web Perkeso.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *