Innalillahiwainnailaihirajiun. Sultan Kedah, Abdul Halim Mu’adzam Shah MANGKAT. Al Fatihah

Dikhabarkan Tuanku Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah baru sahaja mangkat di Istana Anak Bukit Alor Star Kedah hari ini.


Kemangkatan Kebawah Duli Yg Maha Mulia Sultan Kedah kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah merupakan Sultan Kedah ke-27 serta Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 dan ke-14.

Al Fatihah.

Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah merupakan Sultan Kedah ke-27 serta Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 dan ke-14


Baginda diputerakan di Anak Bukit, Alor Setar, Kedah sebagai Tunku Abdul Halim. Baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah bersama Tunku Safiah binti Tunku Mahmud, namun putera tertua yang hidup. Baginda kemudian menjadi Raja Muda Kedah pada 1949.
Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, di mana baginda mendapat diploma dalam Sains Sosial dan Pentadbiran Awam. Baginda mewarisi takhta Kedah ayahandanya pada Julai 1958 dan ditabalkan pada Februari 1959
Selain itu, baginda ialah anak saudara kepada Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj (Perdana Menteri Malaysia Pertama).
Baginda mangkat pada 11 September 2017 di Istana Anak Bukit Kedah . Seluruh rakyat Malaysia dan khususnya rakyat Kedah berdukacita dengan pemergian Al-Marhum Tuanku Abdul Halim .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *