Sepanjang pengalaman saya mempelajari dan terlibat dalam ilmu rawatatan Islam, ada pelbagai kaedah pendinding yang saya temui. Ada yang mudah, tidak kurang juga yang agak susah. Pendinding ada banyak jenis. Ada pendinding diri, ada pendinding tempat seperti rumah, kedai, ofis dan lain-lain. IKUTI TIPS TIPS PENDINDING ATAU MEMAGAR RUMAH DARI JIN IBLIS ATAU MAKHLUK HALUS!!!

Sepanjang pengalaman saya mempelajari dan terlibat dalam ilmu rawatatan Islam, ada pelbagai kaedah pendinding yang saya temui. Ada yang mudah, tidak kurang juga yang agak susah. Pendinding ada banyak jenis. Ada pendinding diri, ada pendinding tempat seperti rumah, kedai, ofis dan lain-lain.

Berikut merupakan tips pendinding diri yang biasa saya amalkan. Mudah dan berkesan dengan izin Allah.

Jika hendak keluar rumah…

1. Berwudhu’lah seperti wudhu’ solat. Kemudian pakailah pakaian yang menutup aurat.
2. Memakai wangi-wangian yang bersifat alami, seperti wangian ros, kasturi, sandalwood, lavender dan lain-lain. Titik pada kawasan nadi di tubuh seperti nadi di leher,belakang cuping telinga,kedua pergelangan tangan dan jika anda berjanggut, sapukan sedikit pada janggut.
3. Berdoalah ketika keluar rumah seperti lafaz “Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, lahaulawala quwwata illa billah hil ‘aliyil ‘azhim.”
4. Baca Ayatul Kursi dengan sekali bacaan. Niat sebagai pendinding. Niatkan dan pohon pada Allah agar ada kubu cahaya di sekeliling tubuh kita.
5. Apabila sampai di tempat tujuan, seperti ofis, kedai, tempat keramaian dan lain, bacalah

“Bismillahi tahassanna billah,lahaulawala quwwata illa billah”

Kemudian tarik nafas dalam-dalam dan hembus ke bawah bahagian dada dari kanan ke kiri dengan niat pendinding.

*Bacaan doa ini dibaca SEBELUM masuk hutan atau mendaki gunung.

6. Kemudian, berserah dirilah kepada Allah.

Semoga bermanfaat.

ARTIKEL KEDUA

Sepanjang enam tahun penglibatan saya di dalam bidang perubatan Islam, selain merawat pesakit-pesakit yang diganggu makhluk halus, saya juga kerapkali diminta untuk pagar rumah.

Kebiasaannya, mereka meminta saya untuk pagar rumah disebabkan mereka mengatakan yang rumah mereka mengalami gangguan makhluk halus.

Jadi, di dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan dengan anda tentang bagaimana caranya untuk memagar rumah. Tetapi, apa yang akan saya kongsikan ini agak berbeza sedikit.

 

Kesilapan Dalam Memagar Rumah

Apa yang saya perhatikan, kesilapan yang dilakukan oleh masyarakat kita ialah mereka mengharapkan 100% kepada perawat. Maksudnya, selepas rumah dipagar, penghuni rumah tidak melakukan apa-apa usaha untuk memastikan agar rumah mereka tidak diganggu oleh makhluk halus.

Apa yang masyarakat kita kurang sedar ialah, sebenarnya penghuni rumah itulah yang lebih utama untuk melakukan perkara-perkara yang boleh menjauhkan rumah mereka dari gangguan makhluk halus.

Di dalam artikel kali ini, saya ingin kongsikan dengan anda bagaimana cara pagar rumah yang boleh anda lakukan sendiri, bersama dengan ahli keluarga anda di rumah, untuk memastikan yang rumah anda terpelihara samada dari gangguan makhluk halus ataupun sihir. Ketahui rahsia menghilangkan sihir dalam 30 hari di sini.

Pertama: Membaca surah al-Baqarah

Tidak diragukan lagi, terlalu banyak dalil-dalil yang menceritakan tentang kelebihan mengamalkan membaca surah al-Baqarah. Apatahlagi kalau selalu di baca di dalam rumah.

Rumah tidak dimasuki syaitan: Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Muslim dan An-Nasa-I meriwayatkan dari Suhail bin shalih, dari ayahnya, dari abu hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda :“ Janganlah kamu menjadikan rumah kamu sebagai kuburan,sesungguhnya rumah yang di bacakan Surah Al Baqarah tidak akan dimasuki syaitan“.
At tirmidzi mengatakan : hadis ini hasan sahih.

Kedua: Banyakkan solat sunat

Apakah tujuan solat sunat? Amalan-amalan sunat, khususnya solat, dilakukan bertujuan untuk menampung (melengkapi) sebarang kekurangan dan ketidaksempurnaan di dalam amalan-amalan fardhu.

Solat pula adalah amalan yang paling utama sekali. Oleh kerana itu, sangatlah penting untuk memastikan agar solat kita menjadi amalan yang paling baik sekali di sisi Allah s.w.t. Tetapi, sebagai manusia yang lemah, anda yakin yang solat anda sudah sempurna?

Sempurna dari segi perkara-perkara rukunnya, khusyuknya dan juga sunat-sunatnya. Di sinilah peranan solat sunat. Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Sesungguhnya amal seseorang yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat adalah solatnya, jika solatnya baik(diterima), maka beruntung dan berbahagialah ia. Dan jika solatnya rosak (tidak diterima), maka kecewa dan rugilah dia. Kiranya terkurang sesuatu daripada solat fardunya, Allah berfirman: “Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai solat sunat yang dapat menampung solat fardunya?”Demikianlah keadaan semua amalnya yang lain dihisab.” (HR At-Tirmizi r.a.)

Solat Sunat Afdal Di Rumah

Sabda Rasulullah SAW: “Sebaik-baik solat ialah solat seorang lelaki di rumahnya kecuali yang fardu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Rasulullah SAW bersabda lagi: “Solat yang dikerjakan oleh seorang lelaki di rumahnya merupakan cahaya. Maka sesiapa yang mengkehendakinya, ia dapat menyinari rumahnya sehingga bercahaya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Oleh itu, marilah kita menerangi cahaya ke dalam rumah kita dengan memperbanyakkan solat-solat sunat. InshaaAllah, rumah kita juga akan dipelihara dari gangguan makhluk halus.

Ketiga: Perbanyakkan membaca al-Quran

Al-Quran adalah kitab terakhir yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi yang terakhir pula iaitulah Nabi Muhammad s.a.w. Ianya bertujuan untuk menjadi petunjuk kepada manusia untuk mendapatkan keredhaan Allah, di dunia dan di akhirat.

Terlalu banyak kelebihan-kelebihan yang akan diperolehi apabila kita mengamalkan membacanya, apatahlagi jika mengamalkannya.

Termasuk juga, apabila kita selalu membaca al-Quran di dalam rumah, ianya bukan sahaja memberikan kelebihan kepada kita yang membacanya, lebih dari itu jin dan syaitan juga akan menjauhkan diri dari rumah yang selalu dibacakan al-Quran di dalamnya.

Itulah tiga tip yang dapat saya kongsikan dalam artikel kali ini. Jika memang benar rumah anda mengalami gangguan makhluk halus, tidak salah jika anda meminta bantuan mana-mana perawat untuk pagar rumah anda, tetapi lebih utama anda sendiri perlu menghidupkan rumah anda dengan amalan-amalan di atas.

 

ARTIKEL KETIGA

 

Doa,Tips Dan Amalan Untuk Elak Rumah Dimasuki Pencuri Atau Jin/Iblis l Sekarang ni banyak kes pecah rumah dimana ahli keluarga dibunuh atau dirogol padahal rumah dah dikunci dengan manga solex. Macam-macam cara yang diguna oleh pencuri untuk pecah rumah. Apa yang menakutkan ialah pencuri menggunakan ilmu sihir yang boleh membuka semua kunci. Kerana ilmu sihir itu kerja iblis dan syaitan. Terutama perompak dari Indonesia yang mahir menggunakan ilmu sihir memukau dan pembuka kunci. Hanya dengan menepuk kunci manga, ia boleh terbuka dengan sendiri.

Cuba kita muhasabah semula…

Adakah kita semata-mata bergantung pada kunci sahaja untuk pastikan anak-anak, isteri dan keluarga kita selamat ketika tidur waktu malam hari?

Adakah kita pernah memagar rumah kita dengan pendinding ayat Al-Quran?

1. Ketika rumah, pejabat, kedai anda telah dikunci, letakkan tapak tangan anda ke dinding atau pintu rumah dan baca doa berikut :

a. Mengucap dua kalimah syahadah (1 kali)


b. Selawat ke atas nabi (2 kali)


c. Ayat kursi (1 kali)


d. Baca ayat 9 dari Surah Yasin (1 kali)

“Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun”

Maksud ayat:

“Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding(pula), dan kami tutup(mata), mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.”

2. Baca ayat kursi ketika hendak tidur, dalam hadis disebutkan Allah akan melindungi kita dari gangguan syaitan sampai pagi.

3. Berwudhu sebelum tidur, dalam hadis disebutkan Allah akan mengirim malaikat untuk menjaga kita selama kita tidur.

4. Jangan letak gambar makhluk hidup dalam rumah, kerana malaikat tak akan masuk rumah yang ada gambar makhluk hidupnya. Jika malaikat tak masuk, siapa yang akan melindungi rumah kita?

5. Amalkan baca Surah-Al Baqarah. Antara kelebihan surah al-Baqarah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW: “Rumah yang di bacakan surah al-Baqarah tidak akan dimasuki syaitan”

Jika ini diamalkan insha Allah kita, keluarga kita dan harta kita sentiasa berada dalam penjagaan dan jaminan Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *