Kanak-kanak ini cuba membunuh diri setelah mencurahkan air panas ke atas muka rakannya.

Setelah mencurahkan air panas ke atas muka rakan, kanak-kanak ini cuba membunuh dirinya pula.


Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun ditahan ketika cubaan membunuh dirinya setelah mencurahkan air mendidih kepada rakannya sewaktu mereka tidur bersama.

Aniya Grant Stuart yang mencurahkan air mendidih tersebut ke atas Jamoneisha Merritt, 11 tahun dan menyebabkan rakannya dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Pusat Harlem, New York.
Sumber: independent


Jamoneisha mengalami melecur tahap kedua pada muka, bahu dan lehernya. Aniya pula telah ditahan atas tuduhan melakukan jenayah dan selain melakukan cubaan untuk membunuh diri dengan menggunakan pisau setelah melihat kesan kecederaan yang dilakukannya terhadap Jamoneisha.

Ibu kepada Aniya, Shernett Panton melaporkan insiden tersebut berlaku sekitar jam empat pagi dan dia sangat mengecam tindakan anak perempuannya itu.

“Mereka sering berguran sesama sendiri. Anak saya sedang tidur dan Jamoni telah mencurahkan air sejuk ke atas Aniya. Jadi, anak saya membalas gurauan tersebut. Tapi, saya tidak tahu apa yang ada dalam fikiran anak saya sampai dia mencurahkan air panas ke atas muka Jamoni,” katanya kepada New York Daily News.


“Tindakannya benar-benar salah tetapi dia hanya berusia 12 tahun. Semua orang melakukan kesilapan”.

Menurut ibu kepada Jamoneisha pula, anaknya sering menjadi mangsa buli rakan-rakan sebaya yang lain. “Dia selalu bersedih dan beremosi. Saya tidak faham mengapa melakukan perkara tersebut terhadapnya”.
“Jamoneisha ingatkan mereka adalah kawan-kawannya tetapi mereka tidak sukakannya dan selalu membuli”.


Kasihan benar nasib yang menimpa anak ini. Sepatutnya, ibu bapa harus sentiasa memantau aktiviti anak masing-masing bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *