Kisah semalaman di hotel berhantu KK.

Assalamualaikum dan hai pembaca-pembaca kisah mistik.Nama aku Hazman, seorang penjawat swasta. Peristiwa ni berlaku masa aku bermalam di sebuah hotel di Kota Kinabalu (KK), Sabah, atas urusan kerja.

Waktu tu aku touchdown di Kota Kinabalu International Airport pada jam 6:30 petang. Kepada yang tak tahu, kalau di KK ni, jam 6:30 petang tu dah masuk waktu maghrib. Jam 7:00 malam tu dah gelap dah.

Sampai jer lobi hotel, jam dah menunjukkan pukul 7:30 malam. Lepas check-in, aku pun naik ke bilik (tingkat 11). Malam tu aku plan lepak bilik jer. Online fb, youtube, layan kisah mistik. Makan malam aku dah tapau siap-siap dekat KFC airport. Nak tidur awallah kiranya, sebab besoknya ada meeting pagi.
Lepas mandi dan solat, aku pun macam biasa, kuakkan laptop dekat atas meja. Tapi wi-fi pulak slow gila. Setakat nak scroll fb dan layan kisah mistik tu bolehlah. Tapi kalau nak layan lagu dekat youtube, berpeluh-peluh jadinya. Dekat meja sisi katil hotel tu ada built-in radio. Jadi, aku pun pasanglah radio tu. Kalau tak silap aku pasang Era Sabah masa tu.
Dalam sejam lepas tu, masa aku tengah scroll-scroll fb tu, lagu dekat radio tiba-tiba senyap. Aku pun bebellah dalam hati. Hotel ni radio pun tak reti nak maintain, tapi nak caj orang mahal-mahal. Suasana bilik yang tadinya dihiasi dengan alunan lagu, sekarang sunyi sepi. Nak on TV, aku malas nak capai remote control. Aku pun buat tak tahu jer lah. Still menghadap laptop.
Tak lama lepas tu, radio bisu tadi mula keluarkan bunyi statik. Macam bunyi radio rosak macam tu. Time tu aku tengah layan kisah mistik. Tengah fokus baca cerita apa entah. Kusyhuk, jadi aku pun biarkan jerlah radio statik tu. Waktu tu jam dah pukul 9 lebih. Lama lepas tu baru aku perasan yang deria pendengaran aku semakin lama semakin kurang peka. Macam statik radio tu tadi effect pendengaran aku. Semua bunyi aku dengar macam slow gila. Bunyi statik radio tu pun aku dengar macam jauh jer. Sayup-sayup.
Tak lama lepas tu, radio bisu tadi mula keluarkan bunyi statik. Macam bunyi radio rosak macam tu. Time tu aku tengah layan kisah mistik. Tengah fokus baca cerita apa entah. Kusyhuk, jadi aku pun biarkan jerlah radio statik tu. Waktu tu jam dah pukul 9 lebih. Lama lepas tu baru aku perasan yang deria pendengaran aku semakin lama semakin kurang peka. Macam statik radio tu tadi effect pendengaran aku. Semua bunyi aku dengar macam slow gila. Bunyi statik radio tu pun aku dengar macam jauh jer. Sayup-sayup.

“Tiga… empat… lima… dua… satu… tiga… lima… enam… sembilan… tujuh…”
Macam tu. Aku ingatkan kot-kot nombor ekor ke apa ke. Tiba-tiba aku rasa telinga aku macam ada orang tekup daripada belakang. Terus meremang bulu roma aku. Melompat aku bangun dari kerusi, terus pandang belakang. Aku seorang jer kot dalam hotel tu. Mana ada orang lain! Aku gosok-gosok telinga aku kuat-kuat. Dah tak ada dah rasa tekupan dekat telinga aku tu.
Nak sedapkan hati, aku fikirlah, mungkin cuma perasaan aku jer. Dok layan statik radio tu, mungkin telinga aku jadi kebas, walaupun penjelasan tu macam tak masuk akal langsung.
Aku pergi padam radio rosak tu, lepas tu aku dudk semula dekat kerusi tadi, menghadap laptop. Masa tu habis semua lampu aku bukak. Haha!Kisah mistik aku padam. Aku layan fb jer. Lepas tu, aku try bukak youtube. Boleh!
Aku pun layanlah video-video Maharaja Lawak yang lepas-lepas. Aku gelak dalam hati jer time tu sebab otak dah fikir macam-macam.


Korang tahu tak youtube kadang-kadang bila video baru nak mula, skrin akan hitam dulu, kan? Time skrin hitam sekejap tu, dekat skrin tu aku nampak bayang-bayang muka orang berdiri membongkok betul-betul dekat sebelah aku. Macam dia tengah layan video dengan aku. Aku campak laptop aku ke sebelah masa tu! Gila korang. Memang nampak jelas kot. Masa tu aku dah fikir, ini bukan silap nampak lagi dah. Memang ada benda dengan aku waktu tu. Cuma aku tak sempat nak perhati macam mana rupa dia.
Tiba-tiba suasana jadi panas. Macam ada orang ramai berdiri dekat-dekat dengan aku. Berkuap. Aku dah berjalan ke pintu, nak lepak lobi jer. Lantaklah kalau kena tidur lobi pun! Aku buka jer pintu, radio tadi tu terpasang semula. Tapi keluar bunyi statik serupa macam tadi. Cuma tak ada suara orang sebut-sebut nombor tu. Aku buat tak tahu, aku terus capai kad, keluar dari bilik. Aku berlari anak jugalah nak ke lift tu. Butang lift tu aku tak tahu berapa banyak kali aku tekan. Ding! Lift pun sampai. Aku melangkah masuk dalam lift, terus tekan butang tutup pintu. Tapi pintu tu entah kenapa, tutup lambat nak mampos! Time tu, tiba-tiba lift tu macam mendap sikit. Macam ada benda berat gila baru melangkah masuk dalam lift tu dengan aku. Ah, sudah.

Lepas tu pintu lift tu pun tertutup rapat. Dalam lift tu aku berdiri belakang sekali. Sandar dekat dinding. Bukan apa, at least kalau benda tu nak kacau, tak adalah dia datang dari belakang. Aku pun tak tahu apa logiknya aku fikir macam tu. Tapi bila kau dah takut, semua tindakan kau adalah berdasarkan naluri sahaja, kan?
Tiba-tiba tak sampai lobi lagi pintu lift tu dah terbuka. Dekat tingkat sembilan. Hati aku lega gila sebab aku expect ada orang tekan butang dari luar, nak naik lift. Tapi bila pintu lift terbuka, langsung tak ada orang dekat luar lift tu. Dekat liar lift tu bau hancing gila. Macam ada orang terkencing dekat luar pintu lift tu. Aku pergi ke depan, tekan butang tutup pintu lift banyak-banyak kali, tapi tak tutup-tutup. Aku dah buntu masa tu. Nak keluar dari lift tu ke, atau nak stay jer dalam lift tu. Bulu tengkuk aku masa tu dah berdiri. Aku rasa macam ada benda dekat belakang aku. Tiba-tiba sekali lagi aku rasa macam telinga aku ditekup dari arah belakang. Aku tak fikir apa dah, terus berlari keluar dari lift tu. Dekat hujung ruang lift tu ada tangga bomba. Aku pun tolak pintu tu, turun ikut tangga. Dari tingkat sembilan, aku turun tangga sampailah ke lobby.
Sampai jer tingkat lobby, aku pun kelam-kabut tolak pintu. Dalam hati aku separuh menjangka yang pintu tangga tu tak boleh buka. Nasib baik boleh. Dekat lobi tu aku tengok keadaan macam biasa. Ada orang lalu-lalang, ada staff dekat meja concierge. Dekat cafe tu pun ada orang tengah duduk-duduk. Aku pun duduklah dekat sofa lobby tu. Handphone, wallet semua tertinggal dekat bilik. Aku dah tak keruan dah. Esok pagi ada meeting ni. Patutnya aku dah kena tidur dah sejam dua lagi. Aku nak check-in hotel lain pun, kena ambil beg apa semua dulu dekat atas.
Aku dapat satu idea. Aku pergi panggil seorang staff housekeeping, aku bagitahu dekat dia yang kunci bilik aku tertinggal dalam bilik. Dia pun pergi bagitahu supervisor dia, supervisor dia bagi masterkey dekat dia, suruh dia naik dengan aku. Kitorang pun naiklah lift ke tingkat 11.


Dalam lift tu brader housekeeping tu senyap jer. Dalam hati aku cakap, janganlah brader ni pulak tiba-tiba kena rasuk ke apa benda ke. Aku pun tanyalah dia sesoalan dua. Dia jawab dalam loghat Sabah. Biasa jer rupanya. Mungkin dia memang jenis yang tak banyak cakap. Sampai jer dekat depan pintu bilik, dia bukakan pintu, lepas tu terus nak blah. Aku pun minta tolong dia tunggu aku sekejap dekat luar pintu tu. Nanti aku bagi tips, aku cakap dekat dia. Dia pun tunggu jerlah sambil tahan pintu.
Settle packing-packing barang semua, aku pun keluar tergopoh-gapah. Dia tak tanya apa-apa pun macam tak pelik pun dengan apa yang aku buat. Lepas tu, dia pun tanya aku, abang sudah kena ka? Dia tanya. Aku dah nak marah dah masa tu. Apa yang kena? Dia ni main-mainkan aku ke? Tapi lepas tengok reaksi muka aku yang macam tengah bengang campur keliru, dia pun ceritalah dekat aku tentang hotel tu.


Rupa-rupanya hotel tu memang keras. Dah ramai dah orang kena. Orang Malaysia, orang putih, orang China, orang Korea, ramai dah complaint sebab kena ganggu malam-malam. Ada yang masuk-masuk jer bilik, nampak perempuan rambut menggerbang tidur atas katil. Ada yang nampak nenek tua tengah berdiri dekat dalam shower. Ada yang kena ketuk tingkap. Ada yang TV sekejap pasang, sekejap padam. Tapi, dia tak perah dengar pulak ada apa-apa sejarah hitam yang berlaku dekat hotel tu. Lagipun, hotel tu baru lagi. Bukannya bangunan bersejarah ke apa ke. Tapi itulah, pendapat dia, mungkin tapak yang diorang buat hotel tu tak berapa nak ngam. Mungkin dekat tanah hotel tu dulunya ada kubur lama ke apa ke.
Dengar cerita brader tu, aku pun complaint lah gila-gila dekat manager hotel tu. Tapi aku tak sebutlah nama brader yang cerita tadi tu. Mula-mula dia taknak kasi refund. Aku apa lagi, gunakanlah kuasa veto seorang netizen. Aku cakap dekat dia, kalau dia taknak refund, benda ni akan viral. Dengan penuh berlagaknya aku ugut dia. Tapi haram. Sesen pun dia taknak refund. Nasib baik bukan aku yang bayar. Cumanya, nak check-in hotel lain kena pakai duit aku dululah. Nak claim dahlah lambat. Lepas ni aku malas dah nak outstation kalau tempat aku nak pergi tu tak ada saudara-mara atau member-member. Haha.


Ha, itu jerlah cerita aku. Yelah, memanglah tak ada aku nampak jelas-jelas hantu depan-depan aku macam cerita-cerita orang lain tu. Tapi bagi aku, seram gila kot. Sampai fobia jugaklah aku nak naik lift lepas tu. Kbai!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *