Suami menghilang meninggalkan isteri dan anak yang sedang sakit dibantu oleh netizen yang mengutip derma bagi membayar bil rawatan sebanyak RM 494,000

Pada 20 Julai lalu, kisah lelaki menghilangkan diri dari hospital kerana tidak sanggup menanggung bil rawatan anaknya yang sedang sakit menarik perhatian para netizen yang prihatin. Dalam amsa 4 jam sahaja, bayaran rawatan sebanyak RM494,000 berjaya dikumpulkan daripada 20080 penderma.

Kredit: IN 生活

Malam tersebut, ibu bernama He Xiaohong memberitahu bahawa dia sangat tersentuh dengan tindakan orang ramai. Dia tidak menyangka bahawa kisahnya akan diketahui dan mendapat perhatian ramai.

Dia juga sangat bersyukur dan akan memberikan perhatian dan menjaga anaknya. Sehingga kini, suaminya masih tidak dapat ditemui.

 

He Xiaohong dari Guangxi merupakan ibu muda yang baru sahaja berusia 20 tahun. Kelahiran anaknya Shenshen yang lahir pada 27 September 2016 membuatkan beliau sangat terharu dengan perasaan kegembiraan yang tiada batasnya.

Melihatkan sahaja pada gambar ibu dan anak ini menunjukkan perasaan gembira ibunya.

Apabila anaknya berusia tiga bulan dan memerlukan ujian perubatan, doktor mendapati bahawa diameter kepala Shenshen lebih besar berbanding bayi normal dan doktor mencadangkan Xiaohong melakukan ujian. Selepas melakukan imbasan CT, keputusan menunjukkan terdapat ketumbuhan.

Hari kemudiannya, He Xiaohong dan suaminya membawa Shenshen ke hospital kanak-kanak untuk mendapatkan rawatan dan ujian imbasan. Keputusan yang didapati membuatkan He Xiaohong hampir pengsan.

Pada Januari tahun ini, Shenshen yang berusia 3 tahun menjalani pembedahan pertamanya, dan pada 5 Februari dia menjalani ujian pemerhatian susulan. Selepas beberapa hari, Shenshen dikesan mengidap subdural effusion dan kepalanya membesar sebanyak 5 milimeter.

Dia kemudian dimasukkan ke dalam hospital. Dan beberapa hari kemudian Shenshen menjalani pembedahan keduanya. Dia dikeluarkan dari hospital pada 6 Mac dan selepas setengah bulan, dia dimasukkan ke dalam hospital semula buat kali ketiga.

Anaknya menjalani ujian beberapa kali dan pembedahan demi pembedahan, namun Shenshen kuat dan dalam keadaan untuk pulih.

Namun demikian, anak kecil itu kelihatan kembali sakit, muntah-muntah dan saiz kepalanya membesar dan mereka membawa anak mereka untuk mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Kanak-Kanak di Shanghai.

Bayi yang berusia 9 bulan ini terpaksa berdepan 4 pembedahan yang besar, yang membuatkan ibunya berasa sedih. Dia dibebani dengan hutang, dan pembedahan kelima anaknya terpaksa ditangguhkan.

Selepas seminggu, doktor memberitahu bahawa jika keadaan anaknya bertambah baik dengan ubat baharu, dia akan dapat hidup seperti kanak-kanak lain yang normal. Tetapi anaknya perlu menjalani pembedahannya yang kelima.

Jika tidak berjaya, anaknya terpaksa ke bilik pembedahan dengan segera. He Xiaohong berbincang bersama suaminya ketika waktu makan tengah hari, sebelum suaminya memberi alasan untuk membeli makanan tengah hari namun menghilangkan diri.

Dia menelefon suaminya tetapi gagal dan hanya mencapai peti suara telefon suaminya. Malah isterinya di halang dalam aplikasi WeChat. Malah, ibu mertuanya turut tidak mengetahui kemana perginya suaminya.

He Xiaohong menjaga anaknya sepanjang hari, 24 jam selama seminggu,

Pada 20 Jun, selepas netizen mengetahui kisahnya di laman sesawang, kisah ibu dan anak ini menjadi tular dan mendapat perhatian ramai. Pada petang itu juga, doktor memberitahu He Xiaohong dan mendapati anaknya menunjukkan tanda positif. Jika keadaan stabil, Shenshen boleh menjalani pembedahan.

He Xiaohong menunjukkan rasa gembira dengan para netizen yang simpati dan mendoakan mereka. Dia juga berterima kasih kepada mereka yang membantu dalam membayar bil rawatan anaknya.

SUMBER – Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *