TINDAKAN LELAKI INI MENGUNDANG PADAH APABILA….

Walaupun teknologi perubatan kini semakin canggih dan moden, rawatan tradisional masih menjadi pilihan kebanyakan pesakit yang ingin menyembuhkan penyakit mereka. Remedi tradisional seperti akupuntur, bekam, ayurveda dan beberapa kaedah rawatan tradisional masih digunakan sehingga kini.

Walaupun secara saintifik tidak dapat dibuktikan keberkesanan rawatan ini, tetapi ia masih popular di kalangan pesakit yang mahu menggunakan rawatan alternatif.

Kadangkala rawatan ini tidaklah murah dan ada pesakit yang sanggup berbelanja membeli peralatan itu sendiri dan melakukannya di rumah tanpa nasihat pakar atau mereka yang arif.

Ini telah berlaku kepada seorang lelaki di China bernama Hu yang telah membeli kit berbekam di rumah. Hu membuat keputusan melakukan sendiri rawatan berbekam di rumah pada satu hari apabila perkara yang tidak diinginkan telah berlaku.

Menurut laporan iFeng, Hu telah meminta isterinya membantu melekatkan cawan-cawan bekam di belakang badannya menggunakan pam angin yang akan mengeluarkan angin keluar dari cawan-cawan tersebut.

Pada permulaan sesi, segalanya berjalan dengan lancar sehingga tiba pada satu cawan yang isteri Hu secara tidak sengaja telah melekatkannya dengan tarikan angin yang terlalu ketat di belakang badan suaminya. Isteri Hu telah cuba untuk menarik cawan bekam itu dengan tangannya tetapi ia terlalu ketat dan percubaannya gagal.

Isteri Hu telah pergi mendapatkan tukul dan playar untuk mengalihkan cawan itu tetapi cawan itu semakin menarik keluar udara dan melekat dengan lebih kuat di badan Hu. Berasa panik, Hu telah pergi ke klinik berdekatan meminta bantuan doktor untuk mengalihkan cawan bekam tersebut, tetapi doktor di klinik itu tidak dapat membantu dan meminta Hu supaya pergi sahaja ke hospital.

Anak lelaki Hu telah membawanya ke hospital sejam kemudian tetapi pada kali ini, cawan bekam yang degil itu telah melekat dengan terlalu ketat sehingga menyebabkan kulit Hu menjadi merah dan membengkak setinggi 5cm. Bengkakan itu dilihat sangat menyakitkan.

Bagai pahlawan yang datang dengan pedangnya, empat orang anggota bomba telah sampai membawa sebatang gergaji yang sudah hampir berkarat dan telah memotong cawan itu untuk meleraikan tekanan angin dari cawan bekam itu dan badan Hu.

Akhirnya, cawan bekam yang degil  itu dapat dileraikan dan Hu dapat bernafas lega. Doktor di hospital itu telah merawat luka dan bengkak di badan Hu dan dia dibenarkan pulang.

Selepas insiden itu, Hu masih tetap melakukan rawatan berbekam sendiri di rumah menggunakan kit bekam yang sama. Katanya kali ini dia akan lebih berhati-hati.

Jelas lelaki ini memang sangat sukakan rawatan tradisional ini dan tidak pernah berasa serik untuk melakukan rawatan berbekam sendiri di rumah tanpa nasihat mereka yang arif dan pakar.

Sekurang-kurangnya Hu tidak menjadi seperti seorang lelaki berumur 63 tahun dari Sichuan yang mendapat penyakit jangkitan darah sepsis dari luka berbekam. Penyakit itu amat berbahaya apabila rawatan berbekam yang dilakukannya selama sebulan telah meracuni darah di dalam badannya.

Sepatutnya rawatan bekam dan rawatan tradisional lain perlu mendapat nasihat orang yang berpengalaman dan pakar. Rawatan ini tidak boleh dilakukan oleh mereka yang tidak mahir kerana ia boleh membahayakan nyawa.

Sumber – Era Baru, iFeng

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *