Wanita ini mencerita kisah hidup nya di Kanada

Kemuliaan hati Sabariah Binti Hussein yang kini berusia 70 tahun disenangi oleh rakyat Kanada khususnya di Montreal apabila dia memutuskan untuk berkhidmat kepada masyarakat tempatan biarpun berada di negara orang.

Sabariah yang juga dikenali sebagai Sister Sabariah oleh penduduk tempatan Kanada pertama kali menjejakkan kaki di negara asing itu selepas menamatkan kursus masakan antarabangsa di Kuala Lumpur.

Dia bukan sahaja memasak makanan untuk diagihkan kepada 5 buah masjid di Montreal malah bekerjasama dengan beberapa gereja tempatan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Sikapnya yang tidak berat sebelah itu disenangi oleh penduduk tempatan malah mereka juga memberi gelaran ‘Ibu Muslim Teresa’ kepadanya.

“Dalam Islam, kita perlu bersatu lebih daripada segalanya.” kata Sabariah kepada warta Montreal apabila menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira agama, bangsa ataupun jantina.

Menurutnya lagi, “Saya bukan mahu mencari populariti tetapi saya mahu mereka mengetahui bahawa umat Islam adalah orang yang baik dan kami mahu melakukan perkara yang baik juga. Melihat kegembiraan di wajah mereka apabila menerima bantuan itu sudah cukup membuatkan kami berasa bahagia.”

Apa yang menarik tentang Sabariah ialah dia tidak dibayar untuk melakukan kerja-kerja amal tersebut malah berusaha mendapatkan modal dengan menjual makanan di luar masjid tempatan selepas solat Jumaat.

Selain itu, dia juga dibantu oleh beberapa sukarelawan yang terdiri daripada pelajar tempatan ataupun sesiapa sahaja yang mendengar mengenainya di media sosial.

Mengimbas kembali sekitar tahun 2004 dan 2005 di mana pada waktu itu Sabariah telah diserang strok sederhana sebanyak dua kali. Kali pertama berlaku ketika dia sedang tidur selepas seharian membantu mangsa Indonesia yang dilanda Tsunami.

Mungkin akibat terlalu letih, dia tidur selama tiga hari sehinggalah doktor mendapati rupa-rupanya dia berada dalam keadaan koma yang mana strok kali kedua menyerangnya pada waktu itu.

Bersyukur kerana dapat melepasi kedua-dua strok itu dengan baik Sabariah bertekad untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan selagi dia mampu.

Sabariah kini bertugas di Human Concern International untuk membantu membiayai rumah anak yatim umat Islam Rohingya yang telah menjadi mangsa penindasan oleh kerajaan Myanmar sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Biarpun berpeluang bertemu dengan Perdana Menteri Kanada iaitu Justin Trudeau di atas sumbangan yang telah dilakukan, dia terpaksa menangguhkan pertemuan itu kerana kesibukannya membantu golongan yang memerlukan.

Sabariah berkata kepada Zinc, “Saya benar-benar berharap dapat bertemu dengan beliau suatu hari nanti. Bolehlah saya masakkan mee kegemaran saya dengan cara Malaysia!”

Sabariah tekun memasak pelbagai makanan daripada dapur rumahnya untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan.

 

Kredit: cetakan skrin|CTVNews.ca

Menurut Sabariah, kegembiraan sebenar apabila melihat senyuman yang terukir diwajah golongan gelandangan setiap kali sukarelawan mengagihkan makanan yang dimasaknya.

 

Kredit: DAVE SIDAWAY / MONTREAL GAZETTE

Walaupun tidak mendapat sebarang bayaran di atas sumbangannya itu, Sabariah nekad untuk meneruskan niat murni itu dan berharap ia akan diteruskan biarpun dia sudah tiada nanti.

Kredit: DAVE SIDAWAY / MONTREAL GAZETTE

Mulia sungguh hati Sabariah bukan? Biarpun berada di negara orang, dia tetap menunjukan contoh yang baik kepada orang lain yang berbeza agama, bangsa dan jantina. Dunia memerlukan orang seperti Sabariah supaya setiap orang mendapat hak masing-masing secara sama rata.

Ingat, dalam setiap rezeki yang kita peroleh, ada bahagian untuk orang lain. Jika kita tidak mampu menghulurkan sumbangan dalam bentuk wang, mungkin kita boleh melakukan perkara yang sama seperti Sabariah iaitu dengan memasak makanan dan mengagihkan kepada golongan yang memerlukan.

Semoga paparan kisah Sabariah yang berada nun jauh di Kanada ini sedikit sebanyak membuka hati kita untuk melakukan kebaikan sesama manusia.

 

ENGLISH

The glory of a Malaysian who lives in Canada gets the world’s attention when he decides to serve the local community in need of help.
The splendor of the heart of the 70-year-old Sabariah Binti Hussein is favored by the Canadian, especially in Montreal when he decides to serve the local community despite being in a country of people.

Sabariah, also known as Sister Sabariah by Canadian locals, first set foot in the foreign country after completing international cuisine courses in Kuala Lumpur.

 

He not only cooked food to be distributed to 5 mosques in Montreal but also worked with local churches to help those in need.

His unequaled attitude was favored by the locals but they also gave the title ‘Muslim Mother Teresa’ to her.

“In Islam, we need to unite more than anything else,” Sabariah told Montreal’s newsletter when lending assistance to those in need regardless of religion, race or gender.

He added, “I do not want to find popularity but I want them to know that Muslims are good people and we want to do good things too. Seeing the joys in their faces when receiving the help is enough to make us happy. ”

What is interesting about Sabariah is that he is not paid for doing the charity work but instead seeks capital by selling food outside the local mosque after Friday prayers.

In addition, he was also assisted by several volunteers ranging from local students or anyone who heard about it on social media.

Looking back around the year 2004 and 2005 where at that time Sabariah was attacked by simple strokes twice. The first time happened when he was sleeping after a day helping the victims of Tsunami-hit Indonesia.

Probably because of too much tiredness, he slept for three days until the doctor found he was in a coma where the second stroke hit him at that time.

Be grateful to be able to pass both strokes well Sabariah is determined to help anyone who needs help as long as he is able.

Sabariah is now in charge of Human Concern International to help fund the orphanage of Rohingya Muslims who have been victims of oppression by the Myanmar government over the years. Despite having the opportunity to meet Canadian Prime Minister Justin Trudeau for his contribution, he had to postpone the meeting because his busyness helped the needy.

Sabariah said to Zinc, “I really hope to meet him someday. Can I catch my favorite noodles in Malaysia? ”

Sabariah strives to cook a variety of food from her home kitchen to be given to the needy.

 

Credit: screen print | CTVNews.ca

According to Sabariah, the real joy of seeing the engraved smile is to look down on the homeless every time the volunteers distribute the food they cook.

Credit: DAVE SIDAWAY / MONTREAL GAZETTE

Even though he did not get any payment for his contribution, Sabariah determined to pursue the pure intention and hoped it would continue despite his absence.

 

Credit: DAVE SIDAWAY / MONTREAL GAZETTE

Noble is Sabariah’s heart is not it? Despite being in a country of people, he still shows good examples to different people of religion, race and gender. The world needs people like Sabariah so everyone gets each other’s rights equally.

Remember, in every sustenance we get, there are parts for others. If we can not afford to contribute in the form of money, maybe we can do the same as Sabariah by cooking food and distributing to the needy.

Hopefully, the display of the Sabariah story that is far beyond Canada will open our hearts to the good of our fellow human beings.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *