Kesemua Anak Kapal Dan Penumpang Tiba2 TAK SEDAR DIRI. Apa Jadi Selepas 2 Jam Amat MENAKUTKAN !!

Kesilapan Kecil Yang Membawa Kemusnahan Besar.

Tak lama selepas kapal terbang berlepas, semuanya okay sebelum beberapa penumpang menghadapi sesak nafas yang menyaksikan akhirnya semua penumpang dan anak kapal termasuk pilot pengsan tak sedar diri. Apa jadi selepas 2 jam amat menakutkan. Puncanya ramai orang tak sangka.

KEJADIAN TAHUN 2005

Kapal Terbang Helios Airways 522 sedang dalam perjalanan dari Cyprus ke Prague pada Ogos 2005. Kapal terbang ini terhempas di Grammaticos dan membunuh 121 orang penumpang dan anak kapal.

Laporan penyiasatan menjelaskan bahawa kemalangan berpunca kerana kesemua anak kapal dan penumpang tidak sedarkan diri.

KECUAIAN JURUTEKNIK

Seorang juruteknik yang bertanggungjawab mengawasi kapal terbang tersebut sebelum terbang terlupa untuk mengubah satu tetapan kunci. Tetapan itu berkaitan dengan sistem pengudaraan kapal terbang tersebut.

Akibatnya, kadar oksigen menjadi kurang, dan menyebabkan mereka yang berada di dalam kapal sukar untuk bernafas dan tidak sedarkan diri.

2 JAM AUTO PILOT SEBELUM TERHEMPAS

Krew kabin cuba untuk menghubungi juruterbang, tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana bahagian kokpit dikunci menggunakan pintu kalis peluru. Sejurus selepas juruterbang tidak sedarkan diri, kapal terbang tersebut dipandu secara sendiri dengan mod ‘autopilot’ selama dua jam sebelum terhempas.

SUMBER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *