7 Atlet Jelita Malaysia – Bahkan Pernah Menyumbang Emas Di Arena Sukan Negara

Setiap kali acara sukan dipertandingkan, pasti seluruh tumpuan akan diberikan kepada atlet-atlet yang berjuang memburu pingat. Apatah lagi bila atlet tu cun pulak.. ramai memberi pujian

7 atlet dan bekas atlet Malaysia yang paling cantik dan cun menjadi bualan ramai.

1. Farah Ann – Gimnas negara ini pernah menjadi bualan hangat nitizen bukan sahaja kerana memiliki paras rupa yang cantik malah pakaiannya ketika beraksi di arena gimnastik juga menjadi perdebatan netizen.

2. Suzana Ghazali Bujang – Pemenang pingat emas Sukan Sea 2001 Kuala Lumpur ini lantas mencuri tumpuan rakyat Malaysia kerana memiliki paras rupa yang menawan. Disebabkan kecantikanya, Suzanna pernah terpilih sebagai duta barangan kemas Habib Jewels dan juga coklat Cadbury.

 

3. El Regina Tajudin – Siapa yang dapat melupakan kejelitaan atlet negara yang pernah mengharumkan nama negara pada temasya Sukan Komenwel Kuala Lumpur 1998 ini. Berbekalkan wajah jelita serta liuk lentok badannya mempamerkan aksi lincah pada ketika itu sehingga berjaya memberi pingat emas buat Malaysia.

 

4. Fadzlun Abbas – Bekas atlet bola jaring ini memiliki ketinggian 180 sentimeter lantas melayakkan beliau bergelar seorang peragawati selepas bersara dari bidang sukan. Wajah melayunya yang eksotik sering menjadi pilihan pereka fesyen serta majalah fesyen tempatan. Malah beliau pernah berjalan di pentas peragaan di Kota New York.

5. Nik Nur Azura – Siapa yang tidak mengenali atlet balapan jelita ini. Kecantikan wajahnya sering menjadi bualann selain pencapaian cemerlangnya di trek balapan. Bekas pelari pecut 100 dan 200 meter ini pernah disebut sebagai pengganti ratu pecut negara, G Shanti pada awal pembabitannya. Azura juga pernah bertugas sebagai penyampai radio selama 2 tahun

 

6. Nur Izwani Azman – Dengan rupa paras yang cantik dan berambut panjang, pasti ramai tidak menyangka bahawa wanita ini merupakan penjaga gol bola sepak wanita Malaysia.

 

7. Syaidatul Afifah – Atlet boling kebangsaan ini buatkan ramai lelaki terpikat dengan raut wajahnya. Gadis berusia 25 tahun bukan saja cantik malah cukup hebat menjatuhkan semua pin.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *